
Sejarah Huda Hassan Kuala Lumpur
Nama saya Sharifah Huda binti Syed Hassan. Dilahirkan pada 17/10/1979 di Batu Pahat, Johor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, Batu Pahat, Johor. Dan mendapat pendidikan lanjut di Temenggung Ibrahim Girls School (TIGS) Batu Pahat.
Selepas menamatkan persekolahan, saya berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang fesyen di Ten Fashion pada tahun 1999.
Pekerjaan pertama saya setelah menamatkan pelajaran adalah di Miors Apparel pada tahun 2000-2001. Selepas itu saya bekerja bersama Michael Ong Creations, designer tersohor pada 2001-2003.
Minat yang mendalam di dalam bidang fesyen diteruskan dengan menimba ilmu di IFTC dengan mengambil jurusan Diploma in Fashion Design 2003-2004.
Saya memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah setelah berumah tangga dan pindah ke Muar, Johor.
Di Muar banyak Wedding planner di situ menempah pakaian untuk majlis pernikahan dan persandingan pengantin. Di situ lah saya menumpukan sepenuh masa untuk membuat pakaian pengantin.
Trademark yang banyak terdapat dalam jahitan dan rekaan saya adalah tertumpu kepada detailing, bunga fabric 3D, batu-batu swaroski, ostrich feathers dan bermacam-macam lagi yang cantik dan menyerlahkan rekaan.
Saya melebarkan sayap dengan meneruskan perniagaan di Kuala Lumpur pula dan membuka butik pengantin saya sendiri iaitu Huda Hassan Wedding Couture pada tahun 2013.
Semua rekaan saya dicipta oleh saya sepenuhnya daripada sketching, pattern drafting, teknik draping, memotong, menjahit baju, menjahit manik, menampal batu, sesi menyedang dan pengubahsuaian. Saya akan memastikan kualiti setiap baju rekaan dan jahitan saya terjamin, bermutu dan memuaskan hati pelanggan.
Semasa bekerja mendapatkan pengalaman di Miors Apparel dan Michael Ong Creations, hasil tangan saya pernah dipakai oleh selebriti-selebriti terkenal Negara seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan Kerabat Diraja Brunei dan Negeri Sembilan. Terbaru baju rekaan saya dipakai oleh finalis Miss Universe Malaysia 2020, Rinn Rachel dalam kategori busana tradisional.
Disamping membuat baju, saya juga menceburkan diri dalam bidang dekorasi pelamin, membuat gubahan hantaran dan menawarkan pakej perkahwinan kepada pelanggan.
Sepanjang penglibatan saya dalam bidang fesyen, saya telah memenangi banyak pertandingan. Antaranya ialah Juara Inspirasi Fesyen Kuala Lumpur (IFKL) 1 2019, Tempat ke 3 (IFKL) 2 2019, Tempat Keempat Party Dress Fiesta 2019, Most Creative Dress X MEFA 2020, Juara Pereka Busana Festival Musim Kahwin November 2019.